Beberapa
hari ini, ruang media hangat memperkatakan penyertaan wanita Islam dalam
pertandingan ratu cantik Malaysia yang telah dibatalkan penyertaannya.
Pertandingan tersebut bagi melayakkan mereka merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada Ogos ini.
Walaubagaimana pun, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan penyertaan bagi wanita Islam
dalam pertandingan ratu cantik tersebut.
Isu
sebegini pernah menarik perhatian pelbagai pihak pada akhir 2011 yang mana lima
wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo 2011 yang diadakan di
Kuching. Amat malang sekali isu pertandingan ratu cantik masih mendapat
sambutan wanita Islam seolah-olah tiada pendedahan mengenai pengharaman
tersebut.
Isunya
kenapa persoalan ini timbul? Saya fikir isu ini secebis kecil daripada
keinginan wanita Islam atau muda mudi Islam kerana dalam konteks Malaysia
terdapat dasar-dasar yang memang bertentangan dengan Islam. Misalnya dasar
penyiaran, dasar sukan, dasar hiburan, dasar pelancongan dan lain-lain.
Sudah
diketahui bahawa masalah sosial semakin
hari semakin parah akibat daripada keinginan untuk hidup dalam keadaan
terhibur dan tidak terikat dengan nilai dan hukum Islam. Misalnya statistik
anak luar nikah semakin meningkat, penglibatan penagihan dadah, persundalan
dan sebagainya.
Sebenarnya
apa yang di lihat daripada gejala sosial ini adalah seperti bungkusan ais di
lautan, walaupun nampak hanya sebahagian kecil, tetapi permasalahannya jauh
besar daripada apa yang di lihat. Apa yang berlaku pada hari ini hanyalah satu
rangkaian siri hidup secara liberal yang berlaku di kalangan orang Islam
sendiri akibat daripada lemahnya pendidikan agama, moral dan akhlak serta
tiadanya role model dalam masyarakat secara sebenar. Bahkan tiadanya
undang-undang dan penguatkuasaan seperti yang dikehendaki dalam Islam. Sebagai
contoh dari segi undang-undang, bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah adalah
separuh daripada bidang kuasa Mahkamah Majistret.
Hakim
tinggi syari’e mempunyai bidang kuasa menghukum 3 tahun penjara, denda RM5000
dan enam kali sebatan sedangkan bidang kuasa majistret adalah 6 tahun penjara,
denda RM10,000 dan 16 kali sebatan. Apakah yang boleh diharapkan daripada dasar
mempertahankan Islam oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka tidak mempunyai
perancangan batang tubuh Islam, umat dan negara Malaysia kerana penjagaan
terhadap Islam ianya boleh berlaku dengan betul sekiranya adanya kehendak
politik (political will) pemimpin negara.
Adakah
berlaku kehendak politik mempertahankan Islam di Malaysia melalui dasar-dasar
dan sistem-sistem yang ada dalam negara ini? Kita tidak menafikan saban hari
ada yang mempertahankan Kalimah Allah agar tidak digunakan oleh orang bukan
Islam. Kita tidak mahu percakapan ini tidak selari dengan dasar-dasar yang ada
dalam negara ini. Ia bukan hanya isu politik bagi mempertahankan pengaruh BN
dan UMNO sahaja.
Kita
sangat hairan apabila isu seperti haramnya shisha dan haramnya pertandingan
ratu cantik wanita Islam tidak digarap selari dengan dasar mempertahankan
matlamat syarak (maqasid as-syariah) kerana mana mungkin matlamat syarak di
capai tanpa terlaksana hukum-hukum syarak. Walaupun pernah dinyatakan oleh
Menteri Malaysia matlamat syarak sudah berlaku, sedangkan undang-undang syariah
tidak dilaksanakan dalam negara ini.
Marilah
kita kembali menilai semula fitrah Islam berdasarkan kepada surah Ar-Ruum ayat
30:
30. (setelah jelas kesesatan
syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai
Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah,
Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari
semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada
ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui.
Islam
adalah agama fitrah yang sangat sesuai untuk semua. Apa yang ada di langit dan
bumi yang dikayakan oleh Allah swt untuk kepentingan manusia. Umat Islam
seharusnya memimpin dunia dan memperjuangkan kalimah Allah swt.
No comments:
Post a Comment